Apple memperkenalkan Iphone 7 & Iphone 7 Plus.

iphone7plus-matblk-pb_iphone7-jetblk-pb_pr-print

Setelah sekian lama menanti dan pelbagai spekulasi tentang rupabentuk serta fungsi Iphone 7, akhirnya Tim Cook, Chief Executive di Apple Inc, memperkenalkan Iphone 7 & Iphone 7 Plus. Semasa artikel ini ditulis, kami sedang cuba mendapatkan perincian serta berkemungkinan mendapatkan ulasan yang lebih lanjut tentang produk serta fungsi sebenar Iphone ini. Sementara menunggu jawapan tersebut, ini adalah ringkasan yang dapat kami simpulkan daripada pengenalan terbaru Iphone 7 and juga Iphone 7 Plus.

Sistem Kamera yang lebih Canggih!

iphone7plus-jetblk-34br-leanforward-ob_pr-print

        Iphone sememangnya terkenal dengan imej kualiti yang terbaik untuk semua telefon pintarnya. Tidak hairanlah mengapa Apple menitik beratkan tentang kualiti serta keindahan gambar yang terhasil dari sentuhan kamera Iphone ini. Dengan 12 megapixel kamera belakang dan 7 megapixel kamera hadapan, jelas sekali kualiti gambar yang terhasil daripada Iphone ini lebih menarik, lebih cerah serta lebih terperinci. Berbanding dengan Iphone 7, Iphone 7 Plus memiliki satu kelebihan, iaitu kamera telephoto yang memberikan 2 hingga 10 kali zoom optikal yang amat menakjubkan. Satu lagi yang boleh diperkatakan tentang kamera ini ialah tentang Bokeh. Dengan Iphone 7 plus, membuat gambar potrait dengan fungsi bokeh bukan lagi menjadi suatu masalah. Cuma pilih potrait, dan telephoto lense akan membuatkan bokeh untuk anda. ( Kami akan membuat lagi review tentang fungsi ini di masa hadapan)

Paparan Retina HD yang lebih cantik!

retinaDengan Iphone 7 dan Iphone 7 Plus, Paparan Retina HD adalah yang terbaik dan 25% lebih terang berbanding dengan telefon pintar yang seangkatan dengannya. Dan jika anda menggunakan Instagram untuk selfie dan gambar gambar pemandangan yang cantik dan indah, dengan teknologi Iphone 7 dan 7 Plus, gambar yang di ambil akan lebih terang, cantik serta menyerlahkan lagi warna yang terdapat di dalam gambar tersebut! Kemungkinan anda sendiri akan tergamam apabila melihat hasil kerja anda yang menarik itu.

 

Earpods tanpa Wayar ( Wireless)

Buat pertama kalinya, Iphone 7 dan Iphone 7 plus menggunakan earpods tanpa wayar . Menarik bukan? Tanpa wayar yang berselirat di badan, ia adalah salah satu approach baru yang amat kami nantikan. Jika anda tertanya berapa lamakah wireless earpods ini tahan untuk sekali Cas, jawapan kami 5 jam. 5 Jam muzik tanpa henti dengan menggunakan Earpod anda! ( Dijual berasingan daripada Iphone 7 dan Iphone 7 plus anda. )

iphone7-jetblk-34br_airpods-laydown-ob-print

Banyak lagi fungsi yang akan kami ceritakan apabila kami dapatkan telefon ini di dalam sedikit masa lagi. Kami masih lagi menantikan berapakah harga yang akan di berikan kepada pengguna – pengguna Malaysia. Tetapi untuk di pasaran US, Iphone 7 dan Iphone 7 Plus dijangka akan dijual dengan harga USD649 . Mungkin agak mahal untuk sesetengah pengguna di Malaysia, tetapi bayangkan dengan kesemua fungsi yang ada, anda akan membayar kualiti serta keindahan kerja seni Apple . Dan semuanya tersergam indah dengan Iphone 7 dan Iphone 7 plus.

 

Be the first to comment on "Apple memperkenalkan Iphone 7 & Iphone 7 Plus."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*