Comeonlah dalam Bahasa Malaysia

RiG6q9bMTTahun 2016 adalah tahun baru bagi comeonlah dot com untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di dalam bidang penulisan bahan teknologi serta memberikan ulasan-ulasan berkaitan produk baru di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Oleh itu, mulai Januari 2016, kami akan menjadikan portal ini sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Ini membolehkan pembaca memahami dengan lebih mendalam tentang produk serta perkhidmatan yang kami akan ulas dengan secara ringkas tetapi padat dengan informasi yang berguna. Bukan itu sahaja, bahasa yang kami akan gunakan akan lebih santai bagi menjadikan pembaca tidak berasa bosan.

Diharapkan agar dengan pembaharuan ini, comeonlah akan menjadi pilihan pembaca-pembaca yang mahu mendapatkan maklumat terkini dari dalam serta luar negara dalam bahasa yang senang difahami serta mudah dibaca. Lagipun kalau bahasa terlampau klasik, susah pulak nak faham, betul tak? Jadi biarlah ia santai tetapi maklumat itu ada dan senang difahami.

Semoga tahun 2016 ini akan lebih agresif buat team comeonlah dan mendapat lebih sambutan dari pembaca-pembaca kami.

Editor

Be the first to comment on "Comeonlah dalam Bahasa Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*